Cinta - Part 1

Assalamualaikum..

Perasaan suka, cinta itu lumrah. Cuma yang berbeza sama ada ianya datang daripada Allah atau nafsu semata-mata. Mustahil untuk aku cakap yang aku tak pernah suka seseorang. Mustahil. Sebagai manusia biasa yang Allah cipta, aku jugak diberi perasaan yang sama macam manusia lain. Perasaan suka pada seseorang yang pernah aku suka dulu kadang-kadang mengajar aku erti life. Yes. Life need love. Without it, we gonna die. 

Tak semestinya cinta itu harus hadir untuk seseorang yang berjaya attract kita. Tapi cinta itu mesti hadir dengan dahulukan yang Maha Esa dan keluarga. Allah menghadirkan cinta pada setiap hati manusia. Tidak kira sama ada hambanya soleh ataupun tidak. Allah itu Pencinta. Pecinta segala-galanya. Dia yang menhadirkan cinta. Bukan manusia. Bukan binatang. Bukan Tumbuhan. Allah yang menghadirkan cinta dan kasih sayang itu dengan perlahan-lahan. Tanpa kita sedar, meskipun kita sentiasa khilaf. Allah masih menghadirkan cinta-NYA  kepada kita dengan cara ujian NYA. SuhanAllah....

Aku mengaku dulu aku jahil. Tapi aku tidak mengatakan bahawa yang sekarang ni aku alim macam wanita-wanita yang memakai purdah diluar sana. Jika aku tanya kepada wanita-wanita yang memakai purdah diluar sana, pasti mereka juga akan kata, mereka juga tidak sempurna. Masih melakukan kesalahan sama macam manusia yang lain. 

 Aku masih seperti dulu. Memakai tudung. Tapi kali ni aku belajar untuk memakai pakaian yang sedikit besar dan labuh. Secara perlahan-lahan, aku memakainya. Alhamdulillah aku mempraktikanya sampai sekarang.

Cinta hadir bukan kerana dipaksa. Tapi kerana ianya hadir dengan izin Allah. Tapi sayang sekali bagi aku kalau aku tidak menghargainya dengan baik. Ya Allah, ampunkan lah hamba.

'Jannah!'

'Jannah!'

'Ya ummi! Jannah tengah siap ni!' Aku dengan pantasnya memakai pashmina ku. Lilit-lilit dan............... siap! Aku segera keluar dari bilikku yang kuhiasi dengan mural tulip. Wow! Aku pun tak sangka yang aku boleh buat mural sebesar tu dalam bilik aku. Aku tergelak sendiri.

'Kenapa lama sangat Jannah? Ayah dah tunggu lama dah tu. Nanti tertinggal flight macam mana?' Ummi menegurku. Aku tersengih.

'Hehe.. Sorry ummi.. Maafkan Jannah ye ummi. Jom kita gerak sekarang! Ayah dengan adik-adik dah tunggu lama tu!' Kata aku sambil menarik tangan ummiku dengan lembut. Ummi hanya menggeleng.

Harini aku akan ke United Kindom untuk melanjutkan pelajaran ku. Sudah semestinya itu adalah negara yang aku sangat idam-idamkan selepas Arab Saudi. Pasport. Check. Novel untuk baca time dalam flight. Check. Okay semua ada. Alhamdulillah..

'Jannah ingat pesan ayah. Jaga diri baik-baik dekat tempat orang sana ya nak.. Jangan buat hal. Jan kena kuat dekat sana okay. Jangan tinggal solat. Al-Quran jangan ditinggalkan walaupun sehari. Jangan lupakan Allah ya nak. Meskitpun Jannah jauh daripada kami. Tapi ingat, Allah dan kami selalu berada dihati Jannah, ingat tu.' Pesan ayah. Aku tidak dapat menahan air mata. akhir nya jatuh membasahi pipi ku. Ummi hanya mengangguk. Membenarkan segala pesanan ayah. Ya Allah, kuatkan lah semangat ku.

'Jannah ingat pesan ayah. Kami akan sentiasa berada dibelakang Jannah.' Pesan ummi. Aku hanya mengangguk. Beberapa mimit selepas itu, pesawat yang aku akan naiki telah tiba. Dan menunggu penumpangnya masuk kedalam perutnya.

'Jannah pergi dulu ummi, ayah. Shad, Am. Kakak pergi dulu. Doakan kakak ye.' Aku salam kedua ibu bapa ku. 'Asslamualaikum..'

'Waalaikumussalam..'

Pasport ku di check. Alhamdulillah..

'Here we go Jannah.' Dalam hatiku berbisik.

31. Itu nombor tempat duduk aku. Hm.. Dimana ye.. Okay jumpa. Aku duduk diam-diam sementara tunggu penumpang lain masuk. Sambil baca novel kesukaan ku, Warm Bodies. Gila syok cerita ni! Aku dah khatam hampir 3 kali! Tapi tak pernah bosan okay. Tengah syok layan novel, tiba-tiba...

'Boleh saya duduk?' Aku berpaling.

'Sure why not?' Tempat duduk diakan. Tanya aku pulak. Sekeh kang! Aku betulkan balik posisi duduk. Aku dapat rasakan yang diriku sedang diperhati. Aku memandang lelaki disebelahku. Bukan dia. Aku pandang belakang. Jumpa. Seorang lelaki yang agak pelik. Abaikan.. Aku pandang depan balik...

'Ya Allah, lindungilah hamba..' Bisik hatiku. Dek dalam kerisauan akhirnya aku tertidur.

United Kindom Airport.


'Cik, sila pakai tali keselamatan kita akan mendarat dalam masa 10 minit. Cik?' Tegur pramugari. Dek kerana aku agak susah dikejutkan dari tidur, akhirnya lelaki disebelah aku meminta biar dia sahaja yang mengejutkan aku. Pramugari itu pergi.


'Assalamualaikum.. Cik. Bangun. Kita dah nak sampai UK ni.. Pakai tali keselamatan tu.. Cik..?' Tegur lelaki itu.

'Cik?'

'Cik?'

Aku tersedar. Aku dah sampai? Cepatnya.. Aku pandang belakang. Lelaki pelik tu masih pandang aku lagi? Ya Allah...

'Cik, cik okay? Kenapa takut semacam je saya tengok?' Soal lelaki disebelah aku. Aku hanya senyum dan geleng kepala.

'Tak, tak ada apa-apa. Saya okay. Terima kasih sebab kejutkan saya.' Balas ku sambil tersenyum padanya. Aku segera memakai tali keselamatan. Dengan lafaz bismillah, akhirnya aku selamat sampai di Airport UK. Alhamdulillah..

Dengan sepantasnya aku bergerak menuju ke tandas yang berhampiran. Bersihkan mukaku dan buat apa yang patut. Lepas ni, aku kena call Dian pulak. Okay, check.

Sebaik sahaja aku keluar daripada tandas, aku terpandang susuk tubuh yang aku rasa macam aku kenal. Aku tidak hiraukan . Aku berjalan menuju ke pintu besar airport. Call Dian.

'Assalamualaikum Dian, aku dah sampai airport ni. Kau dekat mana?' Soal aku sebaik sahaja aku tiba di pintu besar. Kedengaran Dian baru bangun tidur?! Haila anak dara sorang ni.......

Sebaik telefonku dimatikan, aku mencari McD. Jumpa! Aku menuju ke McD yang terletak di salah sebuah kedai yang ada disitu. Tiba-tiba..

'Hai! boleh kenal?' Aku terkejut. Tiba-tiba sahaja ada seorang lelaki menjerkah aku dari belakang. Astagfirullahala'zim.. Bukan ke lelaki ni.....

'Awak siapa? Saya tak kenal.'

'Ha... awak tak kenal saya, saya kenal awak! Saya Nadim. Awak?' Soal lelaki tu pulak. Hai. Kata kenal aku? Ni tanya nama aku pulak?

'Jannah. Saya pergi dulu. Assalamualaikum..' Balas ku sambil menyegerakan langkah ku ke McD. Lelaki tu still ikut aku lagi??

'Ya Allah.. Mana Dian ni.... Lama betul siap.'

'Cik Jannah. Cik Jannah. Tunggu sekejap...'

Aku buat tak tahu. Tiba-tiba..

'Cik Jannah ikut saya! Kalau tak! Saya bu... nuh cik Jannah..' Bisik nya pada ku. Jantungku berdegup. Ya Allah.. Bunuh?

'Awak nak bawak saya pergi mana ni?! Lepaskan sayalah! Jangan sentuh saya!' Jeritku sekuat hati. Semua yang ada disitu memandangku.. Bagus..

'Please help me! Please!'

'Ouh, sorry! She's my wife.' Lelaki itu memotong kata-kataku. Terbuntang mata aku mendengar kata-katanya..

Aku ditarik sekuat hati. Aku terpaksa akur dengan langkah kakinya kerana aku berasa tidak selamat sejurus dia meletakkan sebilah pisau diperutku.

'Follow me, or I WILL KILL YOU! MISS Jannah....' Bisiknya sekali lagi..

Aku dibawa sehingga tiba disuatu tempat. Tempat apa ni? Aku memandang Nadim. Apa yang dia nak buat pada aku ni.... Tiba-tiba dia menolak aku kedinding. Ouch.

'Kalau aku ada jurus mempertahankan diri... Dah lama aku side-kick lelaki ni.. Sesuka hati je tolak perempuan. Ingat perempuan ni apa? Anak patung?' Bisik hati ku sambil memegang sikuku yang sedikit pedih dek terlanggar dinding. Aku memandang Nadim.

Tanpa buang masa aku lari. Lari sekuat hati dan....... Nadim dapat kejar aku dan tarik lengan aku sampai aku terpeluk dia? Cepat-cepat aku tolak tubuh dia sampai terjatuh. Aku membelakangkan tubuh ku. Dia mengikut..

'Emmm.... Sedap nya bau.... Tubuh awak pun sedap lepas awak terpeluk saya tadi..' Nadim gelak sekuat hati.

'Lelaki gila! Awak nak apa?! Lepaskan saya! Please!' Aku merayu. Air mataku sudah mengalir membasahi pipi. Ya Allah selamatkan lah hamba ya Allah.. Hamba mohon..


'Kau jeritlah sekuat hati yang kau nak.. Takkan sapa dengar suara kau... Harini kau, jadi milik aku cik. Jannah.' Gelaknya sekuat hati.. Dia membuka tali pingganya.. Dia membuka bajunya. Astagfirullahala'zim.. Ya Allah tolong...


'Woi! Kau buat apa tu?' Aku memandang empunya suara. Alhamdulillah Allah menjawab doaku. Jap. Lelaki tu?? Lelaki itu menuju kearah kami.

'Kau nak apa? Jangan campur urusan aku la brader.. Kalau kau nak join, cakap jelah.' Kata Nadim. Terbuntang mataku mendengar kata-katanya. Jangan..

'Brader, nak telan anak orang bukan macam ni caranya... Lepaskan dia.' Telan anak orang? Perh... Muat ke aku nak masuk dalam mulut si Nadim tak guna ni?

'Kau sapa nak halang aku? Jannah milik aku. Bukan kau la! Blah!!' Tengking Nadim kearah lelaki itu. Lelaki itu buat tak peduli. Terus menuju kearah aku. Membantu aku bangun daripada jatuh tadi. Nadim geram. Terus menarik lelaki itu kebelakang.

'JANGAN MASUK CAMPUR URUSAN AKU! BLAH LAH BODOH!!!!!!!!!!!!!!' Badan lelaki itu ditolak dan ditumbuk berkali-kali sehingga lelaki itu tidak bermaya.

'Le.... pas.. kan... Jan... nah...' Kata lelaki itu dengan sedaya upayanya. Aku? Hanya mampu terdiam dan menangis.

'Nadim! Tolong lepas dia! Tolonglah!' Rayu ku sambil terduduk dan tertunduk. Nadim hanya memandang ku tanpa perasaan dan terus menolak tubuh ku sehingga aku terbaring.. Aku membalas segala tindakanya terhadapku.

'JANGAN MELAWAN AKU LA PEREMPUAN! KALAU KAU NAK LELAKI TU SELAMAT, BAGI AKU 'RASA' KAU SAMPAI PUAS! KALAU TAK, LELAKI TU MAMPUS!' Tengking Nadim. Aku tak mahu lelaki itu mati. Aku tak mahu! Ya Allah, tiada jalan lainkah selain benda kotor ini ya Allah....? Bantulah hamba..


Belum aku di 'rasa' oleh Nadim. Tiba-tiba...


To be Continued...