Cinta - Part 2

Ya Allah.. Adakah ini ujian Mu terhadap ku? Selamatkan lah aku Ya Allah..

Belum aku di 'rasa' oleh Nadim.. Tiba-tiba..

'Woi Nadim! Kau buat apa tu hah bangang!' Seorang lelaki datang menghampiri kami. Bukan lelaki yang kena belasah tadi, tapi yang ni sorang lagi. 'Ya Allah terima kasih..' Aku memandang Nadim. 

'Kau nak apa sia*! Aku tengah nak 'bersantap' dekat sini pun, kau nak sibuk ke! Blah la weh! Jumpa dekat rumah je nanti!' Terbuntang mataku mendengar kata-katanya. 

Lelaki itu buat tidak peduli terus menghampiri kami.. 'Dah la tu Nadim.. Bawak-bawak mengucap! Ingat Allah!' Lelaki itu tarik Nadim. Pantas aku bangun menjauhi mereka.. 

'KAU NAK APA LAGI SETAN!!!' Cantik penumbuk Nadim singgah ke muka lelaki itu. Lelaki itu jatuh. 'KAU NI KAN! BUAT LINE AKU KACAU JELAH! BLAH LAH! AKU NAK BUAT KERJA AKU PUN TAK SENANG! SIA* LA!' Nadim memandang kearahku...

'Kau dengar sini eh perempuan... Nasib kau, baikkkkk sangat! Kalau tak.. cantik jer anak kau keluar dari perut kau nanti!' Kata Nadim sinis dan berlalu pergi meninggalkan kami.

Aku menangis. Menangis semahu-mahunya. 'Terima kasih Ya Allah kerana Kau melindungiku..' 

'Cik, cik tak apa-apa?' Tegur lelaki itu padaku. Aku tidak memandang wajahnya. 'Tak. Saya tak apa-apa. Terima kasih sebab tolong saya encik....' 

'Furqan. Nama saya Furqan. cik?'

'Jannah. Terima kasih encik Furqan.' Aku masih tidak berani memandang wajah lelaki itu. Aku tahu niatnya baik membantu ku. Tapi mengapa aku tidak berani memandang wajahnya? Alamak! Lelaki tadi?!

Aku memandang wajah lelaki pertama yang membantu ku tadi sebelum Furqan datang membantu. Aku menghampirinya.. 

'Ya Allah Ash! Ape dah jadi dengan kau ni?!' Furqan kenal lelaki ni? Terhenti langkah ku seketika. Aku memandang Furqan. Ash. Aku pernah mendengar nama ni sebelum ni.. Tapi dekat mana? Furqan? Ahh! Takkanlah! Astagfirullahal'azim..

'Encik Furqan kenal dengan lelaki ni?' Soalku padanya untuk mendapatkan kepastian. Dengan harapan bukan seperti apa yang bermain dimindaku. 'Dia sepupu saya. Cik Jannah tolong saya bukakan pintu untuk saya. Kereta saya ada dekat seberang sana.' Pinta Furqan kepadaku.

Terdiam.

Terdiam.

Terdiam.

Ya Allah... Muhammad Qashaf Danish bin Tajuddin..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Malam pertama kali kita bertegur.. Masa Majlis nikah kakak Ash... Ash kadang-kadang macam gabra.. Sebab Ash ingat lagi yang Ash hampir nak salam Jannah... Sedangkan kita bukan muhrim. Haha.. Nasib baik masa tu Ash sempat bagi tau nama Ash... "Hai! Nama saya Muhammad Qashaf Danish bin Tajuddin. Awak boleh panggil saya Ash.." Dan Jannah pulak masa tu terpinga-pinga pandang muka Ash..'

'Jannah.. Ash tau memang tak ada ikatan antara kita. Tapi tidak salah kalau Ash katakan memang Ash ada menyimpan perasaan kepada Jannah sejak pertama kali ummi Jannah pertemukan Jannah dengan ibu Ash. Dan masa tulah, first time Ash nampak Jannah..'

'Masa tu, jantung Ash mula berdegup kencang.. Bagaikan tiada apa-apa yang berlaku disekeliling Ash.. Melainkan hanya jantung yang berdegup.. Kadang-kadang Ash tanya pada diri sendiri.. Adakah Ash dah jatuh cinta? Ash buat solat sunat istikharah sebanyak 3 kali untuk minta kepastian dari yang Maha Esa. Dan dengan izin Allah Jannah..'

'Sikap lemah lembut Jannah.. Sopan-santun Jannah.. budi bicara Jannah. Jujur Ash katakan yang Ash tertarik dengan sikap keperibadian Jannah.. Datang dari hati Ash sendiri, Ash tiada niat untuk mengambil kesempatan. Demi Allah Yang Maha Esa. Ash cintakan Jannah kerana Allah.'

'Ash tak pandai berkata manis. Tapi, inilah yang jujur dari hati Ash.. Dan inilah pertama kali Ash benarkan seseorang hadir dalam hidup Ash. Dan dia adalah awak, Syarifah Jannahtul Husna binti Syed Zainuddin Ali..'

'Jannah.. Ash tau, tiada istilah 'couple' dalam hidup Jannah.. Sebab itulah Ash kagum dengan prinsip Jannah. Ash jarang nampak Jannah ambil kesempatan keatas lelaki. Dan Ash kagum dengan sifat keperibadian Jannah..'

'Maafkan Ash Jannah.. Ash terpaksa balik ke UK ikut family Ash. Ayah Ash di transferkan kesana.. Maafkan Ash sebab Ash tak dapat nak berterus-terang kepada Jannah secara berdepan.. Maafkan Ash..'

'Andai Jannah mempunyai perasaan yang sama seperti Ash.. dan Jannah yakin perasaan itu hadir kerana Allah.. Jannah peganglah kata-kata Ash.. Bahawa dimana jua Ash dan Jannah berada, tiada halangan diantara kita.. Melainkan maut yang memisahkan Ash dengan Jannah..'

'Jannah.. Ash akan pastikan, lepas Ash balik Malaysia.. Ash akan melamar Jannah dihadapan Ummi dan Abah Jannah.. Ash akan pastikan.... Peganglah kata-kata tu..'

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Cik? Cik Jannah? Are you okay?' Lamunan ku terhenti seketika. Pantas aku bergerak mengambil kunci kereta yang sudah lama dihulurkan Furqan. Tanpa buang masa aku terus pergi ke kereta yang dimaksudkan Furqan. Sementara Furqan memimpin Ash yang pengsan.

'Sabar Ash.. Saya percaya pada Allah..'

Tidak lepas mataku memandang wajah Ash yang tidak sedarkan diri. Furqan meluru pergi selepas mengucapkan terima kasih kepadaku.. Sama juga sepertiku.

'Jannah?' Seseorang menegurku dari belakang. Dian.. Aku memeluknya seerat-eratnya.. 

'Ya Allah.. Kenapa ni Jannah? Apa dah jadi dengan kau? Kenapa baju kau kotor ni? Kau main lumpur ke? Haih! kalau ye pun...' Dian membebel.. Itulah rutin nya.. Bebel. bebel. bebel.

'Barang kau semua aku dah angkut masuk kereta. Tuan nya je aku tak jumpa-jumpa. Ha ni! Nasib baik aku jumpa, kalau tak.. Aku dah buat police report kau tau! Aku call kau tak angkat-angkat.... Kemana kau sebenarnya ni Jannah..?' Dian bebel lagi.. 'Jannah? Kau okay? What wrong? Tell me..'

'Aku hampir kena rogol tadi Dian...' Dian melopong. 'What?!' Aku memandangnya.. Dian terus memelukku.. 'Ya Allah Jannah... Sure ke kau tak apa-apa ni? Nak aku hantar kau pergi hospital?' Aku menggeleng.. Dian membawa aku ke keretanya.. Balik kerumah Dian.

Sepanjang perjalanan pelbagai soalan yang bermain diminda aku.. Tu belom lagi ditambah dengan soalan Dian yang bertalu-talu.. Tapi satu soalan pun aku tak jawab. Melainkan angguk dengan geleng je yang mampu aku lakukan.. Aku termenung ke luar.. Dian memandang kearahku sambil memandu kerumahnya.. Aku tahu dia risau tentang keadaan ku.. Maafkan aku Dian sebab aku, kau jadi risau..

'Ya Allah.. Adakah ini satu petunjuk dari mu? Adakah dia Muhammad Qashaf Danish bin Tajuddin aku dulu? Adakah itu dia Ya Allah?' Air mataku jatuh membasahi pipi. Aku menutup mata. Tidur.

20 Minit Kemudian...

'Jannah.. Jannah....' Aku tersedar dari tidur. 'Kita dah sampai.. Nilah rumah aku..' Kata Dian kepadaku.. Aku tersenyum padanya.. 'Jom kita angkat barang... Lepas tu kau mandi.. Solat asar sekali. Sekarang dah masuk waktu tau.. Lepas kau solat, turun makan. Nanti aku masak ayam masak cili padi kegemaran kau ok...' Katanya lagi.. Aku mengangguk..

Lama. Lama aku merenung cermin sambil memandang wajah ku sendiri. Muka merah. Hidung merah. Menangis. Menangis lagi. Buang semua perkara yang telah terjadi kepada ku siang tadi. Aku tak akan lupa kejadian tu sampai bila-bila! 

Selesai solat asar aku turun kebawah. Bau masak lemak cili padi buatan Dian memang menusuk perut aku yang memang dah lapar gila daripada siang tadi... Aku bantu Dian di dapur...

'Jannah... Senyum sikit.. tak maulah sedih.. sedih macam ni... Kan aku dah masakkan makanan kegemaran kau... Kau tak suka ke?' Soal Dian pada ku.. Aku memandangnya.. Aku senyum.. Aku menyambung kerja ku.. dan... Argh!!!!!!! Aku dah tak tahan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku memandang Dian....

'Dian....' Dian memandang ku... 'Kau masih ingat pada Ash? Aku terjumpa dia tadi.. Tapi bukan dia yang rogol aku.. Dia tolong aku dan dia pengsan sebab kena belasah dengan manusia durjana tu...' Dian terkejut. Terdiam. Datang kearahku. Memeluk aku dengan erat. Aku menangis sekali lagi...

'Kau pasti ke tu Ash Jannah? Manalah tau orang lain ke kau salah tengok?' Soal Dian pada ku..

'Aku pun tak pasti Dian.. Tapi aku memang ingat lagi, yang Ash pernah cerita dekat aku yang dia ada sepupu dekat UK. Furqan. Aku masih ingat nama tu Dian.. Dan aku rasa aku tak silap!' Jelasku pada Dian. Dian terdiam. 'Kenapa Dian?'

'Furqan? Furqan sepupu Ash? Biar betul kau....' Aku pelik dengan soalan Dian. Dahiku berkerut.

'Kenapa kalau Furqan tu sepupu Ash? Kau kenal Furqan ke?' Soalku kembali.. Lama Dian mendiamkan diri.. dan akhirnya............... 'Ya. Aku mengenali Furqan.'

'SubhanAllah... Kau kenal Furqan Dian? Kenapa kau tak pernah cerita pada aku?' Soalku.. Tanpa melengahkan masa.. Tanpa menjawab pertanyaan ku. Dian mengambil telefon bimbitnya.. Aku memandangnya... 'Kau nak buat apa Dian?'

'Aku nak telefon Furqan la... Nak tanya Ash dah ok ke belom..' Aku terkejut.. Tanpa ku sedar senyuman di bibirku terukir..

Ya Allah.. Sekiranya benarlah itu Ash yang aku kenal selama 10 tahun dulu.. Dan Ash yang terpaksa balik ke UK untuk mengikut keluarganya dan berjanji akan melamarkan aku menjadi isterinya setelah dia pulang ke Malaysia, kau kuatkan lah iman ku. Agar aku kuat menghadapinya nanti..

Ash.. Saya masih ingat janji awak 10 tahun dahulu.. Lepas kita habis SPM, awak terpaksa balik UK sebab family awak yang suruh.. dan awak janji akan lamar saya lepas awak balik dari Malaysia.. Tapi awak tak pernah hantar khabar berita lepas sebulan kita berhubung... dan.. Saya percaya pertemuan kali ni, Allah memang nak tunjukkan sesuatu pada saya..  

To be continued..