Cinta - Part 3 (FINAL)

Ada masa cinta datang. Ada masa cinta pergi. 

'Qan, dah berapa lama aku tak sedar?'

Furqan pandang aku. 'Satu hari suntuk kau tak sedar.'

Lama furqan diam kan diri. Kepala aku pening. Lapar mungkin. Aku ke dapur. Dan makan.

'Ash, sekarang ni dia dah ada dekat depan mata kau sekali lagi. Ini lah masanya untuk kau bagitau dia.' Aku hanya diam kan diri. Pandang ke tingkap dan menikmati suasana matahari yang nyaman dan hangat.

Di satu sudut, ada satu kotak berwarna merah hati. Aku memandangnya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tiga hari selepas tu aku kerumah Dia. Jannah. Furqan pun sama. Salam aku beri dan beberapa saat kemudian salamku disambut dan yang membuka pintu ketika itu adalah... Dia. Aku tengok kedalam. Ramai kawan-kawan kami telah sampai. Nak di jadikan cerita waktu tu ada majlis kecil-kecilan sempena kelahiran anak sedara Dian. Qasandra.

'Masuklah.'

Furqan mendahului aku. Aku masih berdiri di depan pintu. Dia pun. Tapi hanya untuk seketika dan dia pergi..

'Jannah.' Dia berhenti.

'We need to talk.'

Jannah pandang kearah aku. Kemudian kedalam.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku padang kedalam dan buat isyarat kepada Dian untuk keluar sebentar bersama Ash. Dian memandang aku dan dia memahami dan dia hanya mengangguk.

Waktu tu Ash bawak aku ke satu Taman. Serius talk aku cakap Taman tu cantik. Agak lama aku dan dia hanya berjalan disepanjang taman tu 'says somethings please..' dalam hati.

'Jannah. Awak apa khabar?' Aku pandang.

'Baik Alhamdulillah. Awak apa khabar?' Soalku kembali pada dia. Sepanjang perbualan kami hanya perkara-perkara rutin harian kami yang kami sembangkan. Dah lama aku tak dengar dia gelak. Aduhai Qashaf.

'Pasal haritu, dekat dengan Airport, terima kasih sebab bantu saya. Kalau awak tak ada masa tu. Saya tak tau...'

'Shhh. Kita tak payah cakap pasal benda tu lagi k. Benda dah lepas. Yang penting awak selamat.' Ash memandang aku dan menggelengkan kepala kepada ku sebagai tanda aku tidak membangkitkan lagi hal hitam itu.

Kami diam seketika selepas tu. Memandang pandangan yang ada dihadapan kami. Memandang kota London yang penuh sesak. Daripada atas bukit, kota London memang cantik!

'Jannah. Saya ada benda nak bagitau awak.' Aku diam dan pandang Ash. Jantung aku berdebar-debar. 'Teruskan Ash.. Saya dah lama tunggu..' Bisik hati aku.

'Saya minta maaf. Sebab tak hantar khabar berita lepas sebulan saya berangkat ke UK. I'm so sorry. Sebenarnya waktu tu saya....' aku menanti ayat seterus Ash.

'Saya sebenarnya?..' Aku sambung ayat Ash dan menanti ayat seterusnya daripada dia. Aku sedar dari raut wajah Ash sendiri ada sesuatu yang berat yang dia nak beritahu aku. Hati aku terus dan terus berdebar-debar.

'Saya dah bertunang.' Ash pandang aku dengan pandangan yang serius sebagai tanda dia benar-benar serius dengan katanya. Jantung aku waktu tu seolah-olah terhenti seketika. Air mata apatah lagi. Tapi aku usahakan untuk tidak membenarkan ia jatuh.

'Awak.. Awak dah bertunang?' Dia mengangguk.

'Wow. Congrats! Congrats Ash!' Aku senyum padanya. Tapi aku tak tahu kenapa. Aku terbangun dan terus pergi. Jauh daripada dia.

'Jannah nanti dulu!'

Aku tak pedulikan panggilanya. Sebaliknya aku menangis. Kenapa awak buat saya macam ni.. Mana janji awak dulu! Aku menangis dan terus menangis. Aku pilih untuk duduk ditaman tulips section yang ada dekat sana. Aku pandang bunga-bunga tulips. Aku pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam.

'Tapi tunang saya tak ada dekat sini. Dia ada dekat Malaysia. Saya ikut family saya pergi UK bersebab Jannah. Saya sakit. Dia tak tahu. Saya rahsiakan penyakit saya daripada dia supaya dia tak risau dengan keadaan saya. Jadi sebab tulah saya jarang berhubung dengan dia lepas sebulan saya tinggalkan Malaysia.'

Aku terkejut. Aku pusing dan pandang kepadanya yang tak jauh daripada aku. Hanya beberapa meter sahaja. 'Awak sakit?'

Matanya hanya memadang aku. Dia mengangguk.

'Saya disyaki hidap jantung berlubang sejak kita SPM dulu. Saya ikut ayah saya ke UK. Saya dapat penderma jantung dan pemindahan jantung di lakukan dekat sini. Saya minta maaf Jannah. Saya minta maaf sebab buat awak tertunggu-tunggu saya. Saya minta maaf sebab buat awak tertanya-tanya.' Dia menunduk.

'Jantung awak macam mana sekarang?' Aku pandang pada dadanya. Walaupun aku tak pandang dia, tapi aku tahu matanya memandang aku dan kemudian memandang dadanya sendiri.

'Alhamdulillah ok.' Sambil dia memegang dadanya sendiri.

'Sekarang ni tunang awak dah tahu, yang awak dulu sakit?' Aku soal padanya.

'Dah.'

'Dia ada dekat mana sekarang?'

'Ada dekat depan mata saya.' Aku pandang pada dia. Air mata aku dah tak tertahan. Aku senyum.

'Saya minta maaf Jannah.' Sekali lagi. Aku pandang kearah dia. Angguk dan tersenyum sebagai tanda aku memaafkan dia.

'Terima kasih Jannah. Terima kasih sebab tunggu saya.' Ash senyum. Hati aku tenang.

Aku mengangguk.

'Dah lap air mata tu. Saya tak ada tisu nak lap air mata awak yang terlalu berharga untuk saya.' Cepat-cepat aku lap air mata aku dengan lengan baju aku. Sambil aku lap, sambil tu senyuman aku tak berhenti terukir. Sampai ketelinga agaknya.

Banyak hal lagi yang aku dan Ash sembangkan. Tapi tak perlulah aku nyatakan disini. Biar hal ini hanya aku, Ash dan Allah sahaja yang tahu.

'Saya rasa Allah betul-betul nak tunjukkan yang awak untuk saya. Buktinya awak dekat sini. Tunggu saya dengan penuh sabar. Terima kasih Jannah. Semoga awak adalah yang terbaik untuk saya. Terima kasih Allah.'

Langkah Ash terhenti masa aku dan dia berjalan di sekitar taman. Aku turut berhenti dan pandang kearah dia. Aku nampak dia ingin mengeluarkan sesuatu. Dan..

'Syarifah Jannahtul Husna binti Syed Zainuddin Ali..' Ash melutut didepan aku. Masa terhenti seketika.

'Sudikah kamu menjadi zaujah kepada saya dan menjadi ibu kepada bakal anak-anak saya?'

Allah.

Air mata aku berlinangan dan aku mengangguk.'Yes i do!'

Ash tersenyum. Lebih lebar daripada aku. Aku ambil cincin darinya dan sarungkan ke jari manis aku.

'Wohoo!!!!!!!!!!! Alhamdulillah.' Ash lompat dan senyum.

'Dah jaga sikit jantung awak tu.' Kataku pada dia.

Dia ketawa.

'Jom balik. Dioang mesti dah tunggu kita lama.' Kata Ash pada aku. Dan aku hanya mengangguk. Kami berjalan ke cark park dan terus balik ke rumah Dian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Insan, datang dan pergi dalam hidup kita. Ada yang sesat, ada yang kekal setia. Yang pasti, mereka akan tinggalkan 1001 pahit dan manis dalam hidup kita

Kadang kita kecewa, orang yang kita hargai pergi jauh dari kita. Sedangkan kita dah cukup setia. Itulah lumrah fitrah ciptaan Allah. Datang dan pergi

Kadang, Allah akan membiarkan kita berjumpa dan berjumpa dengan orang yang salah, dan akhirnya dipertemukan dengan orang yang Allah dah janji. Inilah jalan tarbiyah dan rahmat kurniaan Allah

Ujian dan ujian, kecewa dan kecewa, akhirnya Allah beri senyuman atas satu pertemuan indah di akhir kelam itu. Supaya kita sedar dan rasa apa itu kasih sayang dan rahmat kurniaan Allah

Jadinya keep smiling dan capai cita-cita kita. :) - c/p

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dah 3 bulan aku di UK. Alhamdulillah aku seronok belajar dekat sini. Aku bersyukur sebab Allah masih beri aku peluang untuk merasai nikmat yang dia sendiri telah aturkan dalam kehidupan aku. Terima kasih Allah. Tentang hubungan aku dan Ash, Ash beritahu aku yang dia dan family dia balik ke Malaysia untuk hantar rombongan merisik. In Shaa Allah bulan depan kami akan bertunang dan dalam masa 6 bulan lagi, kami akan menikah.

Alhamdulillah family aku dapat menerima kehadiran Ash dan keluarganya dengan hati dan tangan terbuka. Ummi banyak berpesan dan menasihati aku tetang hal-hal tanggungjawab yang bakal aku pikul. Setiap perkara yang ummi pesan pada aku, aku jadikan panduan.

Aku terima dengan hati terbuka sekiranya takdir aku untuk menjadi isteri yang sah kepada Ash dipercepatkan. Kahwin masa belajar. Apa salahnya kan? Lebih baik kahwin awal sekiranya kita yakin dia benar-benar untuk kita dan kita betul-betul dah mampu. Kalau dah kahwin semua nya halal! In Shaa Allah perjalanan kita masa tu baik.

'Awak dekat mana?'- Jannah (Text)

'Ada dekat belakang awak.'- Ash (Text)

Aku pusing ke belakang. Senyum. Dia ada bersama ibunya. Ibunya juga turut membalas senyuman aku. Sejambak tulip aku lihat ada bersama Ash. Aku panjangkan lagi senyuman lebar ku.

Allah, permudahkan lah segala urusan kami. Amin.

-TAMAT- 

Tiada ulasan :

Catat Ulasan