ANA.ALI - Part 1

'Ali. Ali. Dah besar nanti aku nak kau jadi suami aku tau. Aku tak nak orang lain.'

'Err apa kau cakap ni Ana. Kita budak kecik lagi laaaa.'

'Ishh aku cuma cakap jerr.. Tau. Tau!'

'Haihh ye laa Anaaaaaaaa.'
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

15 tahun kemudian


Angin bayu menyapa muka aku lepas aku buka tingkap bilik. Aku memandang jauh kearah ladang teh yang terbentang luas. Indah. Wangi. 

Ana seorang gadis yang akan sentiasa ada di dalam hati aku. Tak bosan aku mengenali dia walaupun sejak daripada kecik lagi kami berkawan. Dia tetap sahabat aku dunia akhirat. Tiada gadis lain yang dapat menggantikan tempat dia di hati aku. Dialah satu-satu insan yang teramat istimewa dihati aku.


Memori 5 tahun yang lalu. 


'Ana kau nak pergi mana tu? Dah siapkan kerja kau ke belum?' 

'Jap Ali! Aku nak pergi jumpa Lisa kejap. Ada hal aku nak cakap dengan dia.'

'Haaa yela~ Cepat sikit. Nanti tertinggal train pulak kang.'

'Haaa baiklah Tunku Ali~ Patik akan menyegerakan urusan patik yaaa' 


Aku memandang Ana dengan senyuman mengejek. Nama aku Ali. Aku dan Ana berkawan baik sejak kecik lagi. Keluarga aku dan family Ana dah macam satu keluarga. Kalau raya je, Keluarga aku akan beraya ke rumah Ana. Begitu juga dengan family Ana. 

Sejak daripada kecik lagi la aku dan Ana tak pernah terpisah. Daripada tadika, sekolah rendah sampai la sekolah menegah aku dan dia sentiasa ada bersama. Kebetulan rumah aku dan dia berdekatan dengan sekolah. 

Dan kali ni, aku dan Ana berlainan IPT. Aku sambung belajar dekat UM dan Ana belajar dekat UiTM Puncak Alam. Masa mula-mula tu susah jugakla aku  nak biasakan diri aku dengan suana baru tanpa Ana. Yela sebab dah terbiasa daripada kecik aku dengan dia. Tapi lama-lama ok. Sekarang ni aku berada diakhir semesta, begitu juga dengan Ana.

12 Julai 2010. Aku dengan Ana sama-sama janji nak pergi TS. Nak cari barang katanya. Jadi aku dan Ana decide nak ke TS naik train. Aku tunggu Ana dekat platfom keretapi. 

'Mana Ana ni.. Dah pukul berapa dah ni..' Rungut aku sambil tengok jam ditangan. Lepas aku merungut je baru aku nampak kelibat Ana tersengih-sengih sambil merapatkan dua tapak tanganya kearah aku sebagai tanda minta maaf atas kelewatannya. Aku. Cuma pandang dia dan bercekak pinggang. Disebabkan aku malas nak membebel, aku tarik muka dan terus ke kauter untuk beli token train ke TS.

Tak sampai 5 minit aku dan Ana turun tangga ke platfom train, train ke TS tiba. Aku dan Ana duduk bertentangan. Aku mengadap dia dan dia mengadap aku. Sepanjang perjalanan Ana memandang aku. Aku tahu dia masih rasa serba salah terhadap aku. Tapi aku, buat tak peduli. 

Lagu Jonas Brother bermain-main ditelinga aku. Tiba-tiba aku dapat ws. Aku bukak dan tertera nama Ana. Aku memandang Ana. 


Ali, sorry la sebab lambat. Tadi taxi susah nak dapat. Kalau aku belanja kau makan dekat Dubu-dubu, kau maafkan aku tak? heheh -Ana


Aku tersenyum. Aku dapat lagi satu ws daripada Ana


Yay! Senyum pun kau! -Ana


Aku sekali lagi tersenyum sambil menggelengkan kepala.


Kami tiba di TS sebelum zohor menjelang. Memang sesak TS tu memang dah tak boleh nak kata apa. Tapi sebab Ana laa aku sanggup jejak dekat TS tu. Kalau tak, memang tak la aku nak ke TS tengah hari buta macam ni. 

'Haaa Ana dah sampai TS dah ni, kau nak cari barang apa?' 

'Adalahhhhhhhhh kau ni pun sibuk je.' Balas Ana sambil angkat-angkat kening dan tersenyum. Alahai minah ni nak berahsia-rahsia dengan aku pulak. 

'Alahai kau ni, tu pun nak berahsia dengan aku. Macam la kau kenal aku semalam.' Sindir aku pada dia. Apa yang Ana buat maa tu, buat bodo dan jalan tinggalkan aku sorang-sorang dekat belakang. Kurang hassam punya budak. 

Sepanjang perjalanan Ana mencari 'misi' pencarian barang yang dikatakan 'adalahhhhhh' tu dengan aku, dia banyak cerita dekat aku pasal masalah dia dekat tempat dia belajar. Disebabkan aku pun tengah belajar lagi masa tu, jadi aku agak faham la antara masalah-masalah yang Ana hadap time tu. 

'Ali, makan jom. Aku lapar la. Dekat dubu-dubu k. Aku dah janjikan nak belanja kau makan harini.' Ana pandang aku dengan harapan aku menerima perlawaannya. 

'Ok.'

'Yes!' Ana bersorak riang dan tarik lengan baju aku menuju ke kedai makan dubu-dubu yang berdekatan. 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Mama. Ali nak tanya dengan mama sikit pasal Ana boleh?' Soalku pada mama. 

'Tanya apa Ali?' Soal mama kembali sambil membaca Majalah Wanita di taman kesayanganya. Mama memandang aku. Melalui wajah mama sendiri, aku dapat rasa yang mama tahu perkara apakah yang aku akan tanya pada mama soal Ana.

'Apa pendapat mama tentang Ana?' Aku terus tidak berkias malah terus straight to the point. Mama tersenyum.

'Kenapa Ali tanya?' 

'Saja. Ali nak tahu pendapat mama tentang Ana.'

Aku tahu bahawa naluri seorang ibu itu sangat kuat. Malah ianya terbukti apabila mama aku terus meneka apakah perkara yang sedang bermain difikiran aku tentang Ana. 

'Ali suka pada Ana?' Soal mama. Aku terdiam dan mata aku memandang kearah rumput yang menghijau. Aku tidak meneruskan kata-kata aku, aku hanya mengangguk.

'Pendapat mama tentang Ana. Mama dah anggap Ana tu macam anak mama sendiri. Mama tak kisah kalau Ali ada menyimpan perasaan terhadap Ana. Sebab mama kenal Ana macam mana dan keluarga kita dan family Ana dah macam satu keluarga yang besar. Tapi, mama nak Ali fokus terhadap cita-cita Ali dulu.'


Aku terdiam dan cuba memahami dan menerima kata-kata mama.


'Tapi Ali... Tak bermaksud mama menghalang perasaan Ali terhadap Ana. Mama suka pada Ana. Dan mama percaya keluarga kita pun suka pada Ana.' Mendengar penjelasan mama membuatkan aku tersenyum. Aku lega mendengar kata-kata daripada mama. 

'Thanks ma sebab terima Ana.' Aku menggenggam tangan mama dan senyum pada nya. Mama mengusap kepala aku dengan lembut. 

'Ingat Ali, fokus belajar dulu.' Pesan mama kepada aku. Aku menggangguk.

'By the way Ali, what's the things that make you fall in love with Ana? Sedangkan kamu berdua dah kenal lama. Kamu tak rasa nak kenal mana-mana wanita lain?' Soal mama kepada aku. 

'No mama. Pilihan Ali adalah Ana.' 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku dan Ana kekenyangan selepas menikmati hidangan masing-masing di Dubu-dubu. Memang perh~ 


Blurppp!


'Sorry Ali.' kata Ana sambil tersengih-sengih kearah aku. 

'So Ana, lepas ni kau nak kemana?' Soal aku padanya.

'Hurmm.. Sambung misi aku? hahahaha.'

'Haaaaa yelah Ana. Dah la berahsia dengan aku. Ceh.' Ana hanya tersengih.


Daripada atas sampai kebawah bangunan  TS tu kami berjalan. Nak tercabut skru kaki aku dibuatnya. Tapi sampai sekarang satu barang pun Ana tak beli. Aku pun tak tahu barang apa sebenarnya yang Ana tengah cari.

Sibuk dek leka aku berjalan memandang setiap kedai yang ada disekitar TS tiba-tiba..


'Ali, kau suka aku tak?' Soal Ana tiba-tiba. Dia tidak memandang aku. Hanya soalan itu yang terkeluar daripada bibir nya dan soalan itu jugalah membuatkan aku terhenti berjalan. Jantung aku berdegup kencang.

'Aku.... Aku sebenarnya Ana...'

'WOI!! KETEPII!! BLAH BLAH!!' Suara teriakkan seseorang yang begitu kuat menuju kearah kami. Aku dapat memandang kearah suara manusia itu. Aku dapat lihat daripada jauh begitu tergesa-gesa manusia itu berlari kearah kami. Aku dapat merasakan sesuatu yang tidak kena akan berlaku.

'WOI! BLAH LA! ISH MENYUSAHKAN BETULLAH!' Aku dapat melihat manusia itu mengeluarkan sesuatu daripada poket seluarnya. Dan...

PANG!! PANG!!

'Ana'

To be Continued